cara Defer Offscreen Images menggunakan Javascript di blogger

Imej
apabila test di google page speed insight dan suggestion dari google supaya  Defer Offscreen Images kita boleh menggunakan Javascript. Ia akan mempercepatkan loading blog anda, mesti dicuba kod ini. sebelum tu backup template jika ada kesalahan anda nanti boleh upload kembali dan menggunakan template lama anda. langkah Defer Offscreen Images menggunakan Javascript di blogger  pergi ke theme--->edit html dan cari kod </body> pastekan kod java dibawah diatasnya. simpan dan test lagi di google page speed insight dan lihat hasilnya. <script> //<![CDATA[ // Lazy Load (function(a){a.fn.lazyload=function(b){var c={threshold:0,failurelimit:0,event:"scroll",effect:"show",container:window};if(b){a.extend(c,b)}var d=this;if("scroll"==c.event){a(c.container).bind("scroll",function(b){var e=0;d.each(function(){if(a.abovethetop(this,c)||a.leftofbegin(this,c)){}else if(!a.belowthefold(this,c)&&!a.rightoffold(this,c)){a(this).trigger(&

Aplikasi penting untuk blogger pakai handphone



Gambar aplikasi Google play store


Blogging menggunakan handphone memang agak merumitkan terutama sekali dari segi menulis artikel dan ketika mahu meng-edit tamplate blog kerana kinerja hp yang terbatas.Lantas, cara untuk membuat kerja blogging kita lebih cepat dan mudah perlulah kita mencari jalan penyelesaian iaitu dengan menggunakan beberapa aplikasi andriod yang boleh di download di Google Play Store.

Sebagaimana saya yang sudah 3 tahun masih menggunakan handphone untuk menulis artikel,memasukan gambar/video sehingga dapat menerbitkan post blog yang sempurna sama seperti blogger dengan pc.Memang blogging dengan pc adalah lebih baik rasanya tapi jika masih tidak memiliki pc tidak bermakna kita tidak dapat menjadi penulis blog yang berjaya..kann?

Solusi untuk mempercepatkan kerja blog anda lebih mudah walaupun guna handphone/Android biasa ialah dengan aplikasi penting dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja menulis,resize gambar dan untuk edit kod-kod html pada tamplate blog anda.

Inilah App Android terbaik untuk blogger yang perlu anda cuba dan ia telah saya gunakan dan terbukti bagus.Saya banyak mencuba guna app dari pelbagai developer dan sesetengahnya adalah tidak sesuai bagi handphone kecil saya ini dan memakan ruang yang banyak dan memberatkan hp.

Walaupun bagus tapi terpaksa saya uninstall  kan app tersebut dan setelah banyak sekali app diuji cuba dan akhirnya saya temui aplikasi yang terbaik untuk digunakan dan masih kekal saya gunakan sehingga sekarang.

Aplikasi ini tidaklah terlalu besar failnya dan terdapat filtur kegunaan yang pelbagai dan bagus dan sesuai untuk  di install ke handphone  Samsung Duos saya..hehe
..dan disini saya akan berikan ulasan tentangnya dan sedikit tutorial cara menggunakan fitur-filtur penting pada aplikasi tersebut

Gambar aplikasi colornote


Notebook- ColorNote


Aplikasi notebook sebagai buku nota anda di handphone.App ColorNote- jenis ini adalah sama dengan saya gunakan sejak dulu lagi untuk menulis artikel.Saya senang sekali menulis artikel pada notebook jenis ini yang kemudiannya akan di copy,paste kan ke blog.Menulis konten blog menggunakan aplikasi ini menjadi sangat cepat tanpa menunggu loading yang lambat ketika menulis secara terus di blog.

Filtur penting; tulis dan simpan (online backup) data secara automatis menggunakan alamat email.

Cara gunakan aplikasi ColorNote


Saya sukakan aplikasi ColorNote ini kerana backup data secara automatisnya.Pernah suatu ketika handphone pertama saya rosak dan terus tak dapat dibuka dan pada ketika itu banyak artikel,nota penting termasuk beberapa password saya ada simpan pada app ini.Pada ketika itu saya merasa banyak sekali kerugian saya alami selepas kerosakan handphone tapi saya cukup terperanjat dan berasa bersyukur selepas saya meng-install balik app ini pada handphone baru saya,apabila aplikasi Notebook ini dibuka dengan email yang sama secara automatisnya data lama di install semula ke app ini.Ini bermakna saya tidak kehilangan apa-apa pun segala nota yang saya simpan di app ini terdahulu.

Jadi sebelum gunakan app ColorNote ini saya sarankan supaya anda selesaikan setting nya terlebih dahulu.Caranya adalah seperti dibawah

Pergi ke ColorNote pada sebelah kiri atas ketik

Gambar cara setting app colornote 1


Pergi ke setting,ketik

Gambar aturan app colornote

 Seterusnya..

Gambar filtur online back-up app colornote


Isi kolom online backup,isikan alamat email yang dipinta
dan atur ikut kemahuan sendiri waktu backup data nya secara online samada setiap minit,hari,atau minggu terserah.Selepas itu anda tidak perlu risau lagi tentang kehilangan nota kalau-kalau sesuatu terjadi pada telephone anda.Jangan lupa juga aturkan simpan nota secara automatis selepas menulis


Gambar aplikasi photo editor


Photo editor dev.macgyver


Sebagaimana kehendak kita mahukan blog lebih seo,faktor ukuran saiz gambar juga memainkan peranan besar kerana blog yang ditanam dengan gambar-gambar berukuran besar akan memperlahankan loading blog,jadi biasanya pengunjung yang tak sabar akan terus melarikan diri ke blog lain tak blog anda sempat dibaca.Jadi jangan sebarang letak gambar di post blog dan kita elakkan masalah itu dengan mengubah saiz gambar kita dengan aplikasi photo editor ini.

Selain terdapat filtur resize photo- memperbolehkan ukuran gambar dibesarkan atau dikecilkan terdapat satu lagi yang paling menarik iaitu mengambil gambar dari video (video capture).Dengan adanya filtur ini saya boleh mendapatkan gambar-gambar yang bertepatan dan pelbagai shot yang menarik untuk  artikel yang datang dari mana-mana video berkaitan.


Filtur penting aplikasi photo editor - atur ukuran gambar/foto,crop,video capture dll

Cara atur ukuran gambar(resize image) menggunakan photo editor


Buka photo editor,pergi ke pilihan fail simpanan gambar dan pilih gambar untuk di edit

Gambar cara gunakan app photo editor


Contoh gambar ni yang saya pilih dari folder screenshot saya

Gambar tutorial photo editor

Disini saya mahu potong sedikit pada bahagian atas gambar jadi saya akan gunakan filtur 'crop' yang terdapat pada app photo editor ini

Gambar cara crop

Selesai gambar sudah di crop sekarang saya mahu kecilkan ukuran gambar yang agak besar di situ untuk kegunaan postingan blog.Jadi saya scroll pilihan dibawah dan pilih 'resize'

Gambar cara resize gambar dengan app

Lihat angka ukuran gambar yang bulatkan di atas ialah 480 lebar,
ukuran gambar yang sesuai untuk artikel blog ialah 320-180px biasanya telah diberi secara default di photo editor.Walaubagaimanapun anda boleh mengatur ukuran gambar secara manual dengan aplikasi ini

Gambar cara atur ukuran saiz gambar


Selesai,ketik 'save' untuk simpan gambar dan disini satu lagi pengaturan perlu dibuat iaitu jenis fail gambar yang akan disimpan,untuk diletakkan didalam blog silalah guna jenis 'png'..ketik pada kolum sebelah atas seperti ini

Gambar cara simpan fail gambar


Selesai,berikan nama fail gambar anda supaya nanti senang untuk mencari


Gambar app webmaster lite

Webmaster's html editor Lite


Membina sebuah blog yang  dengan handphone amatlah susah jika tidak ada satu lagi bantuan dari aplikasi penting untuk blogger ini,namanya ialah Webmaster's html editor Lite - welant.com.App ini ialah untuk kita gunakan apabila mahu mengedit tamplate apabila diperlukan seperti mahu memasang kod verifikasi pemilik blog atau mahu merubah sendiri tampilan tamplate atau juga misalnya nanti mahu memasang kod iklan Adsense.Semua hal itu melibatkan kod html dan anda perlukan app untuk edit html yang bagus seperti webmaster lite ini.Kerja memasang atau merubah kod html tema blog menjadi lebih mudah dan cepat sekali selesai walaupun kita blogging hanya menggunakan handphone.

Filtur penting aplikasi Webmasters Lite- edit kod html,copy/paste dan simpan fail

Cara menggunakan webmaster's html editor Lite,contohnya untuk memasang kod verifikasi html tag


Setelah mendapat kod varifikasi (telah diulas pada post terdahulu),kini buka webmaster lite

Ketik pada tanda tambah atas
untuk membuka fail baru

Gambar cara edit html

Gambar aplikasi untuk mengedit html


Gambar tutorial menggunakan webmaster lite


Cari fail tamplate anda yang telah di download sebelumnya..sudah jumpa ketik

Gambar app edit tamplate


Kini terpampang kod-kod html fail tamplate anda di webmaster lite..lihat bawah nama fail(dalam bulatan diatas) untuk pastikan fail yang dibuka adalah betul

Lihat pada bawah sebelah kanan(tanda panah di atas) ada gambar kanta..ketik
untuk tulis carian kod <head>

Gambar cara cari kod head di tamplate blog

Gambar mencari kod <head>

Gambar cara paste kod pada tamplate



Paste kod verifikasi yang di copy sebelumnya di bawah kod <head> itu seperti ini

Gambar kod varifikasi kepemilikan blog


Sekarang masa untuk simpan tamplate,caranya pergi ke pojok sebelah atas kanan..ketik

Pilih 'save as file' ..tulis nama fail tamplate yang sudah dirubah tamplate sebentar tadi dan pilih juga tempat simpanan fail anda untuk mudah dijumpai untuk di upload ke blog anda nanti..selesai,ketik ok

Sekarang anda telah berjaya mengubah/edit tamplate blog anda dengan cepat sekali menggunakan aplikasi webmaster's html editor lite

Ok,itulah dia 3 diantara aplikasi android yang penting dan dilengkapi filtur yang bagus sekali untuk memudahkan kerja seorang handphone blogger.Silalah download app tersebut untuk melihat kebenaran kenyataan saya ini dan bukan sembang kosong..:) happy blogging!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buang Featured Image Generate Press theme

Masalah Cookies di blogger keluar dalam bahasa German

Cara konfirmasi pemilik blog di webmaster