cara Defer Offscreen Images menggunakan Javascript di blogger

Imej
apabila test di google page speed insight dan suggestion dari google supaya  Defer Offscreen Images kita boleh menggunakan Javascript. Ia akan mempercepatkan loading blog anda, mesti dicuba kod ini. sebelum tu backup template jika ada kesalahan anda nanti boleh upload kembali dan menggunakan template lama anda. langkah Defer Offscreen Images menggunakan Javascript di blogger  pergi ke theme--->edit html dan cari kod </body> pastekan kod java dibawah diatasnya. simpan dan test lagi di google page speed insight dan lihat hasilnya. <script> //<![CDATA[ // Lazy Load (function(a){a.fn.lazyload=function(b){var c={threshold:0,failurelimit:0,event:"scroll",effect:"show",container:window};if(b){a.extend(c,b)}var d=this;if("scroll"==c.event){a(c.container).bind("scroll",function(b){var e=0;d.each(function(){if(a.abovethetop(this,c)||a.leftofbegin(this,c)){}else if(!a.belowthefold(this,c)&&!a.rightoffold(this,c)){a(this).trigger(&

Mari buat blog percuma dengan blogger

Gambar cara buat blog dengani blogger

Salam-mahu buat blog? Tak susah..ada yang percuma dan ada yang berbayar kalau anda berminat dan ada masa untuk menulis adalah pasti blog adalah tempat sesuai untuk anda kongsi hal,gambar atau video untuk dilihat oleh sesiapa saja didalam dunia online ini.Itu adalah kenyataan dari blogger iaitu platform dari pihak Google yang mengizinkan anda membuat blog tanpa berbayar satu sen pun kecuali kuota internet..anda bayar lah

Untuk membina sebuah blog yang tersedia dibaca umum anda perlu mengikuti 3 langkah ini




Dalam masa 2 minggu lebih biasanya blog anda boleh ditemui di search Google bergantung juga kepada usia blog dan kebagusan artikelnya.

Pilih blogger  atau WordPress 

Banyak tempat atau platform percuma untuk dipilih dan yang paling popular dan terbaik bagi saya ialah nama besar ini iaitu disini blogger atau ini WordPress

Jadi buat blog dengan blogger adalah percuma dan ada satu lagi platform blog free  percuma juga iaitu bina di WordPress.Buat laman web/blog di WordPress lebih cantik tampilannya dan jika berniat berniaga online dan membina sebuah ecommerce website boleh pasang langkah awal di WordPress.

Jika nak bermula di Wordpress saya syorkan yang berbayar iaitu Wordpress.org bukan Wordpress.com, kedua ini adalah berbeza. Jika tidak anda mungkin menyesal kemudian hari 

Cara buat blog dengan blogger


Tapi hari ini saya akan kongsikan cara buat blog dengan blogger bukan di WordPress.Saya fikir jika anda pertama kali ingin menceburi dunia blogging baik bermula dengan blogger kerana langkah-langkah membuatnya adalah mudah dan paling dititikberatkan ia adalah kepunyaan mesin pencari Google sendiri..haih! Tuan rumah punya mestilah tuan rumah jaga kann..

dan lagi kenapa pilih blogger dulu, kerana kita belajar menulis dahulu, kenal-kenal dulu dunia ni kemudian dah tahu banyak sikit boleh buat blog yang lain, yang berbayar.

Ok langkah-langkahnya adalah seperti ini;


Pertama sekali mahunya adalah sebuah akaun gmail.Email ini digunakan untuk log masuk ke blogger.Taip di carian Google "blogger" atau klik link biru diatas untuk terus ke blogger

Gambar carian Google

Gambar daftar blogger



Sudah jumpa masuk dan selepas blogger minta anda masukan pasword email  anda akan dibawa terus ke dashboard.

Gambar dashboard Blogger


Pilih alamat(nama) blog baru anda akan buat itu.Contohnya alamat seperti ini blogaku.blogspot.com.

Gambar tulis nama alamat blog


Blogspot.com itu Google akan isi sendiri tapi nama depan itu anda perlu pilih.Disarankan sila pilih nama yang sesuai dengan tujuan blog anda dibuat..untuk tulis hal rumahtangga sila sesuaikan contohnya rumahkucantik.blogspot.com dan kalau berniat untuk berniaga online menjual produk kosmetik katakanlah..pilih yang nama blog yang sesuai contohnya kosmetikterlaris.blogspot.com.

Kepentingan memilih nama blog


Antara sebab musababnya pilih nama yang melambangkan isi blog bakal ditulis itu nanti ialah menjadikan blog lebih cepat mendapat tempat dihalaman pertama Google(alah contoh lepas kita taip " cara buat blog" ..tekan search lepas tu bersusun artikel dari blog-blog berlainan diparparkan.Itu adalah halaman pertama Google..mahu cari halaman kedua scroll kebawah tekan page 2.

Gambar Google search page 1


Jarang orang buka page 2,3 kan biasanya Artikel no 1 tu orang klik dulu.

Semua blogger mahu artikel mereka tentang tajuk tertentu duduk di ranking pertama page 1.Tulisan yang bagus,tajuk blog dan nama blog memainkan peranan besar untuk persaingan ini.Ini dinamakan teknik SEO yang anda perlu belajar nanti.

Ok,kembali kita kepada yang awal selepas sudah isi nama blog dan blogger telah mempersetujui nama itu boleh digunakan(kalau tak boleh ubah nama/alamat blog tu sehingga diterima maknanya belum ada orang pakai) lanjutkan pilih tajuk blog.

Memilih tajuk blog


Tajuk blog juga penting untuk seo jadi pilih yang sesuai.Tajuk blog boleh ditukar beberapa kali tapi jangan selalu dan adalah kritikal bila kita mengubah alamat blog..jangan ubah sampai bila-bila takut nanti orang tak jumpa cari dah..jadi pilih satu alamat blog yang bagus dan kekal digunakan.Ops! Lupa satu lagi kena pilih ialah tamplate/tampilan blog..pilih saja dulu yang mana nanti boleh tukar lain kalau tak cantik.

2 hal tadi sudah diisi langsung saja tekan buat blog.Tadaaa!!

Blog anda sudah ada sekarang apa lagi? Tulis lah..haha

Lihat semua alat yang ada di dashboard blogger tu dan cuba selidik satu persatu dan fahami fungsinya.Boleh lihat artikel blog orang lama ini tentang fungsi alatan di dashboard itu.Ok sekarang anda sudah ada sebuah percuma dari blogger,selepas ini baca artikel cara tulis isi blog pula (klik link biru)..selamat maju jaya..wassalam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buang Featured Image Generate Press theme

Masalah Cookies di blogger keluar dalam bahasa German

Cara konfirmasi pemilik blog di webmaster